Cuba Series Baru Family Mart ❤

Best ke kerja Tealive??

     Macam yang semua tahu Tealive ni syarikat yang terkenal, dia lebih kurang macam Chattime , Tealive ni bukan jual air je tau, tapi ada jual makanan dan ais krim. Tapi tak semua outlet ada ,sesetengah outlet je yang ada. Macam air pun bukan smeua air ada kat semua outlet. Contoh nya kalau korang tengok kat Tealive Petronas dia ada series Gula aren tapi dekat tealive mall takde tapi dorang ada series horlicks.

 So, harini aku nak cerita best ke tak kerja tealive ni?


Aku kerja kat Tealive yang ada kat petronas. Dekat je dengan rumah aku dalam 5 minit macam tu. Outlet dia pun baru buka, waktu nampak iklan tu aku terus je whatsapp nombor yang tertera.

Kiranya, macam aku ni antara pekerja awal la kat situ sebab outlet tu baru buka, kitorang dihantar kat outlet lain untuk training. Waktu tu tempat penginapan di sediakan di hotel berdekatan. Kalau outlet tu outlet lama mungkin korang di ajar dengan senior sahaja . Seminggu juga la training tu.

Contoh iklan jawatan kosong

    Kat Tealive ni bagi part time gaji korang di bayar mengikut jam. Kalau kat tempat aku 1 jam dalam RM6 tapi untuk full time korang kena kerja 9 jam dan gaji basic Rm1200.

    Untuk jadi Fulltime, korang ke mula dari part time lepastu baru boleh jadi Full time. Kat tealive ni korang takde staff meal, tu yang tak best. Kalau kt tempat mcm KFC korang di beri makanan. Macam kat tealive takde ye rakan -rakan :(

    Kalau kat tempat aku ni bagi aku gaji dia tak banyak sangat untuk part time maybe ikut sales bulanan korang juga kot. Berbandign kerja lain bagi aku kerja kat tealive ni pun takde la penat sangat kot sebab kedai pun tak besar sngt .
    
    Lepastu nanti koorang kena ikut kelas food handling, dan kena amik suntikan typpoid sebab korang jual makanan kan. Okay tu je kot aku nak cerita setakat ni.

Comments