Cuba Series Baru Family Mart ❤

Pengalaman belajar memandu (LESEN AUTO)

     Hi semua harini saya nak cerita pengalaman belajar memandu bagi lesen auto. Saya agak takut kerana memang sebelum ni saya tidak pernah belajar memandu,. Bagi saya ini adalah kali pertama saya memandu. Tetapi bak kata penceramah kursus, lesen auto ni pejam mata pun boleh bawa.


Okay untuk yang ambil lesen auto korang ada 1 ujian bahagian tambahan berbanding dengan lesen manual iaitu ujian Ramp. Ujian Ramp ni bagi pemandu auto adalah mudah. Kebiasaanya pelajar akan gagal di bahagia parking bagi auto tetapi bagi manual biasanya gagal di bahagia bukit.

ni lah ujian ramp tu

Ujian Ramp ni korang kena naik sedikiit di atas bonggol tu dan berhenti secara mengejut sebelum terkena palang yang telah diletakkan.

Tak seperti manual korang akan mula di bahagian bukit, tetapi kalau auto korang kena start pada bahagian Ramp setelah itu barulah di bukit.Ujian bukit ini adalah senang sangat bagi saya , tidak ada masalah bagi yang mengambil auto 

ujian bukit

Seterusnya, selepas korang lulus ujian bukit, korang akan terus ke selekoh S dan Z , parking dan akhir sekali 3 penjuru.




Comments

  1. Hi..Saya baru jer tukar manual kepada Auto,,Susah tak auto..

    ReplyDelete
  2. haloo. manual boleh tukar ke auto ke utk lesen L? kalau dpt mcm mna nk tukar?

    ReplyDelete

Post a Comment