Cuba Series Baru Family Mart ❤

TEALIVE BISKUTEA SERIES ~

 Hi korang, tahu tak tealive ada keluarkan menu baru pada 7/11 iaitu biskutea series. Sebelum ini tealive berkolaberasi dengan maggi dengan produk mereka iaitu megi boba. Tapi kali ini mereka keluar kan air baharu dengan 2 perisa iaitu lotus dan oreo. 

Kalau korang belum pernah rasa, baik korang pergi cepat-cepat bila mereka sebab series kali ini laku keras tau dalam masa sehari dah sold out. Buat masa sekarang , aku dah cari di banyak tempat dan kebanyakan nya sold out. Kalau ada pun biskutea oreo je.Kalau korang bernasib baik , korang boleh dapat yang biskutea caramel.

    Sedap sangat ke perisa baru ni? bagi aku yang biskutea caramel tu rasa seperti ice cream sundae mcdonald yang vanila tu je. biskutea oreo pula rasa seperti masam-masam sedikit . Aku lebih suka biskutea oreo tapi biskutea caramel lagi banyak peminat. Aku sarankan korang rasa dua-dua. Kalau nak jimat pula , boleh beli pada setiap hari khamis 3pm-6pm hanya untuk member sahaja.





Kalau korang rasa air ini terlalu kosong, korang boleh tambah topping seperti pearl, pudding atau grass jelly dgn harga rm1.15. 

Untuk pengetahuan korang, harga untuk biskutea caramel ialah rm11.55 manakala untuk oreo pula rm10.50 termasuk cukai. Cepat serbu tealive terdekat untuk rasa air terbaru tealive. Tapi buat masa sekarang rasanya tengah sold out. Tunggu lah dorang Restock ye :) lepastu serbu cepat-cepat sebelum sold out lagi sebab air ini limited stock :)



Comments