Cuba Series Baru Family Mart ❤

KEGUNAAN MEMBER CARD TEALIVE

 HI Semua, harini saya nak bagitahu apakah kegunaan member card tealive ni? Worth it ke nak beli?

Haa mesti korang tak faham kan apa kegunaan kad ni.

OKay so, harini saya nak terangkan apakah kergunaan kad member ni sebenarnya.

    First sekali, berapa harga kad ni? Kad ni berharga Rm10.35 kalau kad sahaja. Saya ulang untuk Kad sahaja ye. Tapi,,, ada tapi kalau korang beli sekali dengan air, harga kad ni jatuh  Rm 3.35. Murah kan? so pastikan kalau korang nk beli kan ni, beli dengan air sekali. Selepas je korang bayar tapi korang nak tambah kad, dia jadi harga Rm10.35 balik.





Ni la antara kad-kad member tealive

Kat sini korang boleh tengok antara kelebihan apabila korang ada kad tealive ni

Antaranya ialah korang akan dapat air free bila birthday korang. Korang boleh tebus air percuma tu dalam masa sebulan birthday korang. Ohh air free ni untuk yang berharga rm6.60 je ye 

Selain itu, apabila korang beli 10 air korang akan dapat 1 air percuma. okay mesti ada antara korang yang cakap " saya dah beli lebih 10 kenapa tak dapat pun". untuk 10 air percuma 1 ni hanya sah bila korang bayar guna kad tu sahaja. Maksudnya kat sini korang kena top up dalam kad tu lepastu bayar menggunakan kad tersebut.

Seterusnya, korang boleh kumpul point bila korang beli 1 air. untuk tebus 1 air percuma point yang diperlukan adalah sebanyak 660 point. 1 point =10 sen.

Akhir sekali, ini adalah promo yang paling orang berminat iaitu setiap hari khamis cup yang kedua hanya perlu byar rm1.10. Promosi ni khas untuk member kad sahaja ya. So kalau korang peminat tealive, datang setiap hari khamis untuk rebut promosi ini!



Comments