Cuba Series Baru Family Mart ❤

Cara Order Air di Tealive

HI , Mesti ada yang pertama kali pergi ke Tealive kan? Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak order air kat sana. Mesti ada yanga takut nak pergi sebab takut nak order kan. So, harini saya nak ajar cara nak order air di Tealive. Mula-mula, korang pergi kat kaunter . Lepastu korang tengok kat menu. Di Tealive ni korang boleh pilih sama ada nak Teh, kopi, Coco and buah. Kalau untuk kopi dia bagi saya biasa-biasa je sebab nama pun tealive kan so yang sedap kat sini ialah Teh. Kalai korang nak Kopi sedap saya suggest korang pergi starbucks sebab kat Tealive ni kopi dia tak banyak sangat. Ohh lupa pula korang boleh pilih sama ada nak sejuk atau panas, tapi tak semua air boleh panas tapi mostly boleh panas ada sesetengah sahaja yang tak boleh macam bauh.
Gambar kat atas ni gambar menu yang lama. Kalau menu yang baru dia ada gambar air pada setiap tulisan. So senang korang nak tengok airtu mcam mana. Kebiasaanya kalau gambar air tersebut ada pearl, korang dah tak perlu tambah pearl sebab dia didatangi dengan pearl sekali. Harga pearl ialah Rm1.15 . Di Tealive ni, korang boleh adjust gula dan ais. Untuk gula ada 3 pilihan iaitu slight sugar dan half sugar. Slight sugar 25% daripada gula manakala half sugar 50% daripada jumlah gula. Korang juga boleh pilih No sugar juga kalau korang taknak gula. Untuk pilihan ais pula, korang boleh pilih sama ada nak half ice atau non ice. Korang kena bagitahu kat kaunter siap-siap. Untuk Bang-bang series, korang tak boleh nak ubah gula dan ais sebab dah fix dan takut boleh ubah rasa. Untuk tahu air itu didatangi dengan topping atau tidak,korang boleh tahu melalui nama dia sendiri. Contohnya, strawberry pudding, dia didatangi sekali dengan pudding. Kalau Nisho Matcha Warm Pearl didatangi dengan pearl dan akhir sekali Superior coco dan hazelnut coco tidak ada sebarang topping. Tapi korang boleh tambah kalau korang nak.

Comments