Cuba Series Baru Family Mart ❤

Kelebihan Kad Ahli Kedai Buku Popular

 Tahun lepas aku ada buat kad ahli popular sebab aku rasa kalau korang beli buku dengan kad ahli ni lagi murah berbanding dengan harga normal. Disebabkan aku student , jadi aku apply student card sebab harga dia lagi murah dalam Rm10 masa aku apply tu.


     


Aku punya card warna hijau sama macam dalam gambar tu. Korang boleh apply card ni kat kedai buku popular terdekat dengan rumah korang.

Korang boleh link kan kad korang dengan akaun popular online store .

1. 10% potongan harga

    Kelebihan dia korang akan dapat 10% potongan daripada harga asal buku. 10% tu kira banyak juga. Aku suka beli komik kat kedai popular ni sebab memang murah kalau ada kad ahli

Macam yang korang boleh tengok harga ahli dengan harga bukan ahli jauh beza.

2. 20 % Pilihan popular

    Selain itu, korang akan dapat 20% potongan untuk pilihan popular.

pilihan popular bulan Januari



Satu lagi yang aku suka, kalau korang beli kat popular ni korang boleh pick up di kedai dan tak perlu bayar postage tapi pastikan ada kedai buku yang terdekat kat rumah korang. Haritu aku ada beli 

Macam yang korang boleh tengok shipping aku Rm0 sebab tak perlu bayar harga penghantaran kalau ambil di kedai. Aku jimat Rm7 , tapi nak tunggu agak lama jugak dalam 7 hari untuk semenanjung. 

Kalau buku korang dah sampai mereka akan beritahu korang , macam aku dia bagi tahu  melalui whatsapp 

Tapi kad popular ni bukan lifetime, untuk student kad ni bertahan untuk 2 tahun je, tapi lepas 2 tahun korang boleh renew balik


Harga langganan










Comments