Cuba Series Baru Family Mart ❤

Pengalaman Ambil Lesen Memandu

    Hi semua, mesti bosan kan asyik cerita pasal makanan je. Jadi, harini saya nak cerita pengalaman semasa ambil lesen memandu. 

     Pertama sekali, kalau nak ambil lesen memandu mestilah kena daftar dulukan. Mula-mula saya memang bercadang nak ambil lesen lepas habis pengajian saya di Matrikulasi. Tiba-tiba Pkp pertama diumumkan, jadi kenalah tunggu pkp habis. 

    Lepas je umum tempat memandu boleh dibuka, esoknya saya terus suruh ayah saya daftar. Pada masa tu, memang terhad tempat memandu tu, sebab masih ada calon-calon lepas yang masih menungggu. 
Pada awalnya, saya cadang nak ambil manual , jumlah pada masa tu rm1200+ untuk manual manakal untuk auto RM1300+

    Bayaran dibuat sebanyak 3 kali. Bayaran kali pertama ialah Rm200 untuk kursus ceramah. Kursus ni dilakukan secaram 6jam untuk tujuan mengambil ujian komputer.

Gambar dari google




    Ceramah ni ikut penceramah juga , sebab waktu saya pergi tu ceramah ni kurang dari 6jam. Selepas dari kursus tu, pada minggu tersebut juga saya terus jawab ujian komputer. Ujian komputer itu tidak lah sesusah yang di sangka. Hanya perlu buat latihan berulang kali, soalan yang ada juga sama seperti di dalam latihan. Korang hanya perlumuat turun aplikasi daripada google play mahupun appstore. Tidak perlu beli buku latihan mahal-mahal. Alhamdulillah saya berjaya mendapat 49/50.

    Tiba-tiba rasa nak tukar kepada auto dengan alasan nak cepat lulus sebab musim covid pasti lambat nak tunggu giliran kalau gagal. Lebih kurang seminggu macam tu,lesen L saya siap, saya beritahu tempat memandu tu saya nak tukar kepada auto. 
    
    Saya ingat proses nya mudah, rupanya kena pergi JPJ dulu sebab lesen L saya manual . Nanti saya cerita cara tukar lesen manual kepada auto dalam blog seterusnya

Comments